PEMETAAN KURIKULUM

Bagi perancangan program kurikulum yang berkesan, kaedah pemetaan kurikulum mesti digunakan. Pemetaan menjelaskan secara keseluruhan bagaimana murid memperolehi sesuatu hasil pembelajaran melalui program yang dijalankan. Kemahiran, pengetahuan dan kefahaman patut dicapai oleh murid selepas program dilaksanakan.

Kaedah ini dapat memberikan fokus kepada fungsi pemimpin sebagai pengurus kurikulum yang menggerakkan segala sumber untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan kejayaan semua murid. Program Kurikulum perlu dibangunkan, direkabentuk secara terancang dan bersistematik supaya suasana budaya pembelajaran yang kondusif dalam membantu murid mencapai hasil pembelajaran dapat dilaksanakan. Pemetaan Kurikulum adalah gabungan aktiviti pendidikan yang dilakukan dalam proses pembelajaran yang dirancangkan khusus dari segi matlamat, objektif dan hasil pembelajaran.

Oleh itu pengurus sekolah perlu mempunyai strategi dan dasar sebelum pembinaan kurikulum hendak dilaksanakan. Antaranya ialah:-

· Membina dasar kurikulum sekolah berlandaskan Dasar Pendidikan Negara, Kurikulum Kebangsaan, undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan serta perkembangan terkini. Visi dan Misi sekolah perlu diambil kira bagi memastikan program yang dibangunkan selaras dan mencapai matlamat.
· Penjanaan strategi untuk meningkatkan prestasi kurikulum.Perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
· Prinsip pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Berpegang pada prinsip bahawa setiap murid boleh belajar dan berhak mendapat pembelajaran dan pengajaran serta berpegang pada prinsip bahawa setiap murid mesti terlibat dalam aktiviti kurikulum
· Prinsip dan amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran Menghargai masa pembelajaran akademik murid Berupaya menghadapi cabaran serta dapat menangani masalah dan isu-isu yang berkaitan dengan kurikulum Komited terhadap usaha memajukan prestasi akademik murid dan berpegang teguh pada ekspektasi yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran.
· Melaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi kurikulum. Menggunakan pendekatan, dapatan kajian dan teknologi terkini bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran Meletakkan sasaran dan cabaran yang tinggi terhadap pencapaian sekolah dan memastikan pembelajaran menjadi teras aktiviti sekolah
· Prinsip dan amalan terbaik penilaian dan penambahbaikan prestasi program dan murid ke arah kecemerlangan secara analitis dan saintifik. Menjalankan penilaian dan penambahbaikan program kurikulum seperti pemantauan pengajaran danpembelajaran berterusan, menganalisis prestasi pengajaran dan pembelajaran serta memberi maklumbalas kepada guru untuk tindakan penambahbaikan.
· Membuat kajian pasaran dan mendapatkan pandangan dari pihak yang berkepentingan semasa membangunkan kurikulum sekolah. Menyediakan spesifikasi program yang terperinci.
· Dalam membangunkan kurikulum pelajar, pihak sekolah harus mengetahui kebolehan atau kemahiran yang boleh dicapai oleh murid melalui kaedah pemetaan. Murid dapat dinilai dari segi pengetahuan,aplikasi, rekabentuk, komunikasi dan kerja kumpulan.