PENGERITIAN KURIKULUM MASA DEPAN
Kurikulum masa depan merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan mereka memahami kekuatan dan masaing-masing serta berupaya belajar sepanjang hayat. Pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan dimurnikan bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi, deduksi dan menganalisis. Pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan pengetahuan secara bermakna bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan untuk membentuk pemikiran kritikal, kreatif, dan futuristic serta penyelesaian penyelesaian masalah seperti Kajian Masa Depan.
Terdapat 3 pendekatan untuk melaksanakan misi dan visi ini.
§ Kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian dengan menggunakan pelbagai strategi
§ Kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan
§ Bahan pengalaman dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam struktur terus kurikulum